Aiman Ismail

Teknologi Blockchain

Berdasarkan perbincangan dengan housemate saya tempoh hari.

Me: Generally, masyarakat yang tidak mengikuti perkembangan bidang ni tak tahu apa itu beza antara blockchain, Cryptocurrencies, dan NFT. Bagi mereka semua itu sama.

Okay, jadi apa beza antara benda tersebut?

Blockhain itu boleh diibaratkan sebagai append-only database. Apa maknanya? Database dalam bidang IT merujuk kepada software yang digunakan untuk menyimpan data-data. Dalam kata mudahnya, kita boleh anggap database itu sebagai buku catatan yang digunakan untuk mengisi maklumat-maklumat ke dalamnya.

Apa pula maksud append-only di sini? Traditionally, database membenarkan data-data yang telah disimpan untuk diubahsuai. Contoh, selepas saya memasukkan maklumat mengenai alamat rumah saya, saya dapati ada typo di dalamnya. Maka dalam database biasa, saya boleh mengubah maklumat tersebut melalui proses update. Tetapi dalam append-only database, saya tidak dibenarkan untuk mengubah maklumat tersebut. Saya hanya boleh memasukkan maklumat baru ke dalamnya.

Apa benefit append-only database ni?

Apabila maklumat dalam database ini tidak boleh dikemaskini, ia mengelakkan maklumat tersebut dimanipulasi oleh mana-mana pihak. Tidak ada mana-mana pihak berkuasa yang mampu menggantikannya dengan maklumat palsu. Dengan itu kita boleh menjamin integreti maklumat dan yakin bahawa maklumat tersebut tidak diseleweng.

Satu ciri blockhain yang menjadikannya tidak boleh dimanipulasi sebegini adalah decentralized. Decentralization bermakna blockhain ini tidak berpusat di satu-satu tempat atau pihak sahaja. Struktur web zaman sekarang hampir keseluruhannya menggunakan protokol client-server di mana ada satu server yang menyimpan data dan apabila seorang client ingin mendapat akses tersebut, satu request akan dihantar ke server tersebut. Server kemudiaannya akan membalas dengan data yang diminta oleh client.

Downside protokol client-server ini adalah, sekirannya server tersebut down, tidak mampu beroperasi, maka client tidak lagi boleh menghantar permintaan untuk mendapatkan data daripada server. Lihat saja tempoh hari apabila server-server Facebook tidak dapat dicapai, maka semua servis yang dioperasikan oleh syarikat Facebook seperti Facebook, Instagram, dan WhatsApp tidak boleh beroperasi dengan betul. Syarikat gergasi seperti Facebook juga tidak mampu menjamin yang mereka akan sentiasa beroperasi 24/7, 365 hari setahun, apatah lagi syarikat-syarikat internet lain.

Kelemahan lain struktur centralized ini adalah pihak berkuasa mampu menindas dan censor maklumat yang disampaikan oleh website tersebut. Kerajaan-kerajaan sesebuah negara biasa mempunyai kuasa untuk mengarahkan supaya sesebuah website itu ditutup atau censored. Kuasa ini boleh digunakan untuk mengelakkan maklumat salah daripada disebarkan tetapi ia juga telah disalahgunakan untuk menghalang maklumat sahih daripada sampai kepada pengguna.

Dengan struktur desentralisasi ini, kandungan maklumat tersebut akan disimpan di komputer-komputer di seluruh dunia. Jika satu komputer itu diarahkan tutup oleh mana-mana pihak, terdapat banyak lagi komputer yang boleh menyampaikan maklumat tersebut. Maklumat tersebut hanya boleh hilang apabila seluruh dunia ini ditutup dan tidak boleh menyampaikannya; yang secara praktikalnya mustahil untuk berlaku kerana tidak ada pihak di dunia ini yang mempunyai kuasa sebegitu pada hari ini.